Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serata keluarganya..
Yang bermaksud ;
Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Manna" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu:. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.
Surah Al-Baqarah : 2:57
Manna dan Salwa disebut
sebanyak beberapa kali di dalam kitab suci Al-Quran Al Kareem dan setiap kali dua
makanan ini disebut bersama. Kedua-dua makanan ini dikatakan antara
yang terbaik untuk dimakan oleh manusia. Namun kaum Bani Israil pada zaman
Nabi Musa yang diketahui bersifat tamak dan tidak berpuas hati lalu memohon
supaya lebih banyak lagi makanan diturunkan. Allah swt telah
memperkenan hajat mereka, namun Maha Pencipta yang lebih Mengetahui
perihal makhluknya itu telah berfirman yang bermaksud :-
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja, maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.
Surah Al-Baqarah : 2:61
Apa itu Manna ? Manna adalah dari perkataan mann yang bermaksud 'Pemberian" dari Allah swt, dan manna adalah sebaik-baik pemberianNya kerana manusia tidak perlu berusaha untuk mendapatkan atau menghasilkan bahan ini yang banyak manfaatnya. Penjelasan ini telah diberi oleh Ibn Qayyim Al Jawziyya dalam bukunya At-Tibb Nabawi.
Menurut
lbnul Mundzir dan Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas, beliau berkata bahawa, Manna
adalah suatu makanan manis, berwarna putih yang mereka dapati setiap pagi
melekat pada batu-batu dan daun-daun kayu. Rasanya manis dan enak semanis
madu, sehingga ada penafsir yang memberi erti Manna ialah madu. Jika dimakan,
mereka akan merasa kenyang. Adapun Salwa pula ialah nama sejenis burung sebesar
burung puyuh berwarna putih yang terbang berbondong-bondong dan mudah
ditangkap. Ia adalah sumber rezeki buat mereka sebagai pengals perut yang
mengenyangkan.
Pelbagai manfaat yang dapat diperolehi melalui makan sunnah ini. Antaranya :-
Pelbagai manfaat yang dapat diperolehi melalui makan sunnah ini. Antaranya :-
- Menenangkan badan
- Melancarkan sistem baan
- Mengimbangkan hormon dan sistem
- Melawaskan pembuangan air
- Anti radang
- Anti Penat
- Anti Alahan
- Anti diarhea
- Memberi tenaga dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment