Tuesday, 26 January 2016

HADIAH TERBAIK DARI-NYA UNTUK HAMBA-NYA..

Alhamdulillah.. Segala Puji Baginya Tuhan Sekalian Alam.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serata keluarganya..




Yang bermaksud ;

Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Manna" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu:. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.
Surah Al-Baqarah : 2:57

Manna dan Salwa disebut sebanyak beberapa kali di dalam kitab suci Al-Quran Al Kareem dan setiap kali dua makanan ini disebut bersama. Kedua-dua makanan ini dikatakan antara yang terbaik untuk dimakan oleh manusia. Namun kaum Bani Israil pada zaman Nabi Musa yang diketahui bersifat tamak dan tidak berpuas hati lalu memohon supaya lebih banyak lagi makanan diturunkan. Allah swt telah memperkenan hajat mereka, namun Maha Pencipta yang lebih Mengetahui perihal makhluknya itu telah berfirman yang bermaksud :- 

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja, maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh. 

Surah Al-Baqarah : 2:61

Apa itu Manna ? Manna adalah dari perkataan mann yang bermaksud 'Pemberian" dari Allah swt, dan manna adalah sebaik-baik pemberianNya kerana manusia tidak perlu berusaha untuk mendapatkan atau menghasilkan bahan ini yang banyak manfaatnya. Penjelasan ini telah diberi oleh Ibn Qayyim Al Jawziyya dalam bukunya At-Tibb Nabawi.


Menurut lbnul Mundzir dan Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas, beliau berkata bahawa, Manna adalah suatu makanan manis, berwarna putih yang mereka dapati setiap pagi melekat pada batu-batu dan daun-daun kayu. Rasanya manis dan enak semanis madu, sehingga ada penafsir yang memberi erti Manna ialah madu. Jika dimakan, mereka akan merasa kenyang. Adapun Salwa pula ialah nama sejenis burung sebesar burung puyuh  berwarna putih yang terbang berbondong-bondong dan mudah ditangkap. Ia adalah sumber rezeki buat mereka sebagai pengals perut yang mengenyangkan.

Pelbagai manfaat yang dapat diperolehi melalui makan sunnah ini. Antaranya :-
  1. Menenangkan badan
  2. Melancarkan sistem baan
  3. Mengimbangkan hormon dan sistem
  4. Melawaskan pembuangan air
  5. Anti radang
  6. Anti Penat
  7. Anti Alahan
  8. Anti diarhea
  9. Memberi tenaga dan sebagainya.

Wednesday, 20 January 2016

Kajian Saintifik ke atas Gum Arabic

Banyak kajian saintifik keatas Gum Arabic mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik.

Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Gum Arabic dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Gum Arabic 10gm sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Gum Arabic berbanding Inulin. Ini bermakna Gum Arabic adalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.

Antara kajian yang dijalankan menunjukkan kebaikan Gum Arabic :

  • Kajian klinikal keatas pesakit paediatrik end stage renal failure menunjukkan pesakit dapat mengurangkan kekerapan dialisis dan menjalani kehidupan lebih baik(Paediatric Nephrology 2004). Kajian keatas haiwan menunjukkan penambahan creatinine cleareance dan perubahan electrolyte excreation yang mempunyai kesan baik (favourable) keatas masalah buah pinggang (renal insufficiency) (Tubingen Univer. Germany).
  • Satu kajian (Cardiff University) keatas pesakit pesakit buah pinggang dan kencing manis yang diberi 25gm Gum Arabic selama 8-12 minggu mendapati ada kesan penurunan dalam tekanan darah. Kajian lain di University yang sama kepada pengidap kencing manis menunjukkan improvement dalam tekanan darah yang seterusnya memberi kesan yang positif keatas penyakit buah pinggang (progression of renal dis.).
  • Kajian lain pula (Hyderabad India) mendapati penggunaan 20gm Gum Arabic pengurangan paras gula dalam darah.
  • Kajian keatas tikus (Sultan Qaboos University) menjukkan ada kesan keatas imbangan elektrolit, vitamin D dan alahan kepada manusia.
  • Kajian oleh Glover et al., (2009) mencadangkan Gum Arabic jugad apat membantu dalam merawat penyakit jantung.
  • Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids), yang membawa kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baik prebiotik, bakteria baik yang bertanggung jawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Prebiotik juga mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Mereka hidup di dalam kolon dan appendik, ia juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolestrol dalam darah, sebarang antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, anti oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.
  • Kesan penurunan tekanan darah pada pesakit darah tinggi.
  • Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 25 gram hingga 30 gram dapat mengurang paras kolestrol dalam darah.
  • Mengurangkan penghasilan radical oksigen bebas (free oxygen radical).
  • Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.
  • Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine.
  • Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan calcium.
  • Menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan (inflammation) usus melalui modifikasi angiogenetic factors .
  • Mengurangkan paras urea dan menambah nitrogen dalam najis kepada pesakit rosak buah pinggang.
  • Gum Arabic juga mengurangkan beban kepada buah pinggang dan memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik (chronic and end stage kidney disease).
  • Dr. Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arab dan kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus.
  • Gum Arabic adalah demulcent and melegakan radang membran mukus dan digunakan terutamanya dalam ubatan untuk batuk dan masaalah gastrousus. Gum Arabic didalam produk mengurangkan keradangan (inflammation) dalam saluran pernafasan, saluran gastrousus dan sistem urinary dan baik untuk batuk, selsema, sakit mata, cirit birit.
  • Gum Arabic juga dapat merawat penyakit-penyakit berkaitan saluran gastro usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur.
  • Gum Arabic juga dapat merawat masalah buasir.
  • The US Food and Drug Administration  (FDA) menyatakan GumArabic (GA) adalah satu sumber serat yang paling selamat dalam makanan.
  • Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) & World Health Organization (WHO) menyatakan Gum Arabic sebagai bahan tambahan makanan yang amat selamat.
  • Orang-orang Sudan telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka.
  • Prof Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik, berkata, penyelidikan perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain. Beliau menambah bahawa ia telah terbukti amat berkesan dalam rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain.
  • Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian mengenai perubatan kegunaan Gum Arab, menamakan kelebihan Gum Arabic dalam rawatan lain penyakit seperti selesema dan cirit-birit di beberapa negara Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah, di samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes.

Controlling Sugar Lavels ~ Dr. Amir Farid Isahak (The Star Online 6th Jan, 2013)

Gum Arabic: Gum Arabic is the superstar of prebiotics. For many years, it has been used in the food and beverage industry, but not for its health benefits. It is the ingredient that helps keep the bubbles in your soda drink stable. Without the fizz, half the fun of drinking soda is gone (although drinking soda is certainly not good for health).

Since it is a powerful prebiotic, all the benefits of probiotics mentioned above can be expected from consuming it.

Gum Arabic is mainly produced in the arid lands of Sudan and neighbouring countries. It has been used as traditional medicine for many years, with many known health benefits. It was introduced to me by two friends, who also introduced me to the former Sudanese government minister who is the exporter.

We had a long discussion on the history and benefits of Gum Arabic. The former minister is convinced that it is the “food from heaven” (“Al Manna”) mentioned in the Bible and the Quran.

My two friends had gone to Sudan with him to inspect the area that grew the Acacia trees that produced Gum Arabic (much like how latex is produced once the bark of the rubber tree is poked or cut), and to see the manufacturing process.

The gummy product is sourced from two Acacia species (A. senegal and A. seyal) and then processed to powder form. It is consumed after mixing with plain cold water. My two friends are now the importer and CEO respectively of the importing company.

My friends have first-hand knowledge of the benefits of Gum Arabic. One is a medical practitioner who runs a busy clinic. His patients with diabetes showed remarkable improvements after consuming Gum Arabic, including one man who had kidney failure, was on dialysis for many years, and had not produced any urine for the last 10 years.

I also have a good story to tell. My mother (83 years old) has been on hypertensive medicines for many years (not prescribed by me!). She tried Gum Arabic, and after several weeks, her pressure is now normal without any drugs.

However, her blood pressure still goes up when she is stressed, and returns to normal when she is able to rest and forget whatever upsets her. She is now getting my aunties to take it too.

I strongly recommend everyone to try Gum Arabic. There are many benefits that are already known from the prebiotic properties that it has.

Artikel ini dari Star Online - Controlling Sugar tulisan 
> Dr Amir Farid Isahak is a medical specialist who practises holistic, aesthetic and anti-ageing medicine. He is a qigong master and founder of SuperQigong.

Thursday, 14 January 2016

Ciri-ciri Hebat, MANFAAT untuk sihat.

Al Manna adalah hasil daripada pokok Acacia Senegal.
Ciri-ciri Al manna adalah :
1. Menenangkan badan
2. Melancarkan sistem badan.
3. Mengimbangi hormon dan sistem
4. Melawaskan pembuangan air.

Tayebat adalah hasil daripada pokok Acacia Senegal dan Acacia Seyal.
Ciri-ciri Tayebat adalah;
1. Anti Radang
2. Anti Penant
3. Anti alahan
4. Memulihkan ciri-birit
5. Memberi tenaga


CARA PENGAMBILAN AL MANNA DAN TAYEBAT

Al Manna dan Teyebat boleh dicampur atau diminum secara berasingan mengikut keparluan masing-masing.

Al Manna boleh diambil pada waktu pagi atau waktu malam. Boleh dicampurkan denngan kordial atau minuman lain.

Tayebat boleh diambil pada waktu pagi atau waktu malam. Boleh dicampurkan denngan kordial atau minuman lain.

Kepada pengidap penyakit kronik, kami cadangkan pengambilan Tayebat pada waktu pagi dan tengahari atau petang kerana sifatnya yang memberi tenaga. Manakala Al Manna diambil pada waktu malam bagi merelaxkan tubuh. 

Cara Penyediaannya.

Pertama : Masukkan 3 sudu teh tau 1 sudu makan Al Manna atau Tayebat kedalam cawan atau bekas(botol).

Kedua : Tuangkan 250ml air (elakkan menggunakan air panas)

Ketiga : Putarkan(jika dalam bekas(botol)) atau kacau mengikut arah putaran kaabah atau arah lawan jam sambil berselawat keatas Nabi. Kemudaian biarkan selama 15-20 min hingga serbuk larut.

Sedia untuk diminum..


Wednesday, 13 January 2016

TESTIMONI PENGGUNA AL MANNA

Pn. Noor Haliza Mohd Razali Pesakit OVARIAN CYST sembuh dengan pengambilan Tayebat

 


Tuesday, 12 January 2016

Peluang Menjana Pendapatan

Selamat Datang! Selamat Menyertai Kami menjana kewangan bebas hutang selamanya. Pintu kami sentiasa terbuka luas dengan Kebahagiaan Falsafah Produk Islam, Pelan Perniagaan Berkesan.

Pelan Jualan, keunikan manfaat kewangan, insentive dan kepimpinan yang mengiktiraf perkembangan jualan, membantu membina rangkaian yang kkukuh serta menjana pendapatan lumayan. Kami menawarkan kaedah yang berkesan bagi mempertingkatkan pendapatan lumayan.


KEBAIKAN AL MANNA & TAYEBAT


Al Manna dan Tayebat adalah makanan semulajadi yang memberi badan manusia nutrient-nutrient asas dan bermutu tinggi yang alami supaya badan manuasia dapat memperbaiki keadaannya sendiri secara semulajadi.

Apa itu Prebiotik?
Prebiotik adalah sumber makanan bagi bakteria yang dikenali sebagai Probiotik dalam usus besar. 

Apakah manfaatnya?
Prebiotik adalah makanan kepada probiotik tugas probiotik ini adalah untuk meningkatkan sistem imunisasi, untuk menyingkirkan serat yang tidak hadam, untuk menimpiskan dan menyahkan toksik usus besar. Prebiotik penting untuk mengimbangi kadar bakteria baik (probiotik) di dalam usus besar. 

Memperkenalkan Gum Arabic. 
Gam Arabic mengandungi sebanyak 85-87% Prebiotik semulajadi dan organik. Ia penuh dengan serat yang 100% larut air dan boleh memperbaiki fungsi badan.

Al Manna dan Tayebat diperbuat dari Gum Arabic yang diambil dari Gum Arabic yang diambil daripada dua jenis pokok. Acacia Senegal dan Acacia Seyal yang tumbuh di Sudan sahaja. Ia adalah sumber Prebiotik semula jadi yang mengandungi protin, vitamin dan zat galian yangn diperlukan oleh badan manusia untuk kesihatan.

 
KESAN SAMPINGAN :
Al Manna tiada kesan sampingan dan selamat untuk digunakan. Walau bagaimana pun sesetengah orang mungkin berasa kembung perut diperingkat awal penggunaan atau mengalami kegatalan atau kemerah-merahan akibat alahan.
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Setiap penyakit pasti ada ubatnya, jika ubat tepat pada penyakitnya, maka ia akan sembuh dengan izin Allah Azza wa Jalla”. (HR Muslim)
 
IKHTIAR DENGAN IZIN ALLAH s.w.t :
- Mengurangkan berat badan (obesiti)
- Asma dan penyakit kulit (eczema)
- Batu karang
- Sakit lutut dan sendi
- Strok (angin ahmar)
- Darah tinggi
- Kencing manis                                       


- Kolesterol tinggi
- Gout
- Sembelit/buasir
- Sakit buah pinggang peringkat kronik
- Mati pucuk
- Masalah perut
- Lain-lain

Al Manna & Tayebat bukan pengganti ubat. Teruskan ubat doktor dengan menjarakkan masa lebih kurang 1 jam sebelum atau selepas makan ubat. Selamat untuk ibu mengandung dan bayi dalam kandungan. Insya Allah dengan izin Allah s.w.t dengan mengamalkan al Manna, bilangan bakteria baik di dalam usus dapat ditingkatkan dan akan merangsang sistem perkumuhan bahan buangan nitrogen yang banyak dari hasil kegagalan buah pinggang.


TENTANG KAMI

Di ANR Distribution, kami percaya setiap penyakit ada ubatnya. Allah telah berfirman bermaksud "Tidak Aku Turunkan Satu Penyakit Itu, Melainkan Dengan Penawarnya". 

Kami merupakan pembekal makanan kesihatan berasaskan 'Gam Arabic'  atau lebih dikenali  sebagai Al Manna. Daripada Gam Arabic inilah terhasilnya pelbagai lagi produk kesihatan untuk melengkapkan lagi fungsi Al Manna iaitu Tayebat.

Produk yang kami pasarkan telah menjalani ujian makanan kesihatan yag telah ditetapkan. Maka kami menjamin produk Al Manna dan Tayebat ini selamat dan berkesan.

Kami juga menawarkan peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan berkongsi memasarkan produk Al Manna dan Tayebat ini. Kami menjemput anda untuk mengecapi manfaat memiliki perniagaan anda sendiri.


Monday, 11 January 2016

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum buat sahabat handai sekalian, di sini saya nak berkongsi pepatah untuk hari ini, bak kata matsalleh #QOTD (Quote of the day) wah gittuh.
 


 Ok, chill yeah  ('',)