Friday, 19 February 2016

TESTIMONI

TESTIMONI PESAKIT KANSER PAYUDARA
NAMA : FATMAH HJ MAHMOOD
Saya seorang pegawai kerajaan. Pada akhir Julai 2011, doktor telah mengesahkan yang saya mengidap kanser payudara tahap 3. Setelah menjalani pembedahan dan rawatan iaitu kemoterapi (6 pusingan) dan radioterapi(sebanyak 24 kali) lebih kurang selama 13 bulan, doktor telah memberitahu yang saya boleh bekerja semula. Mungkin kerana penat bekerja ditambah dengan tension disebabkan trafik jam semasa pergi dan balik kerja dari pejabat, saya mula merasa penat dan mengantuk, sama seperti apa yang sayarasa sebelum menjalani rawatan kanser dahulu. Saya mula tercari-cari produk natural kerana bimbang terjadi metastasis iaitu kanser merebak organ yang lain. Alhamdulillah saya diperkenalkan dengan AL MANNA dan TAYEBAT oleh seorang kawan pada awal tahun 2013 ini. Saya amat bersyukur dengan mengambil AL MANNA dan TAYEBAT mengikut dos yang disarankan setiap hari, saya merasa segar dan sihat. Baru-baru ini, ujian mamogram saya dapati negatif dari sebarang ketumbuhan kanser yang baru. Ramai kenalan saya mengatakan muka saya kelihatan merah dan tidak pucat seperti dahulu, dan tidak nampak seperti pesakit kanser. Yang amat mengembirakan saya, kompleksion muka saya menjadi licin, halus dan bersih berseri seperti mengambil kolagen. Ini mungkin disebabkan oleh kandungan nutrisi asli terdapat dalam AL MANNA itu yang menjadikan muka dan kulit saya nampak halus bersih dan berseri. Suami dan anak saya juga mengambil AL MANNA untuk menjadikan sebagai supplement harian.

Wednesday, 17 February 2016

Utusan Online - Berita Dalam Negeri

ARKIB : 18/02/2009

Bedak talkum undang maut?

PULAU PINANG 17 Feb. - Amaran! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari.

Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.

Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi mengandungi bahan itu.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.

Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.
Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari.

"Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari.

"Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.
Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya.

Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.

"Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras.

"Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi," ujarnya.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm#ixzz40QhPEVbW© Utusan Melayu (M) Bhd.


Manna Powder adalah pilihan yang terbaik. Ianya berkesan merawat penyakit kulit dan selamat digunakan termasuk kepada bayi.

Tuesday, 16 February 2016

Tuesday, 2 February 2016

Luban / Lubanah / Kemenyan Arab / Kemenyan Putih / Frankincense / Olibanum / Gum Arabic / Al Manna / Acacia






Rasulullah Saw bersabda, “Berilah luban (kemenyan Arab) kepada istri kalian yang sedang mengandung karena itu dapat mencerdaskan anak yang sedang dikandungnya.”

Imam Ali bin Musa Ridha As berkata, “Berikanlah luban kepada istri kalian yang sedang mengandung. Jika bayi yang dikandungnya itu laki-laki, maka anak tersebut akan menjadi anak yang cerdas, pandai, dan pemberani. Jika bayi yang dikandungnya itu perempuan, maka anak itu akan menjadi cantik paras dan budi pekertinya, serta akan dihormati oleh suaminya.”

Gum Arabic atau Acacia gum atau Al Manna atau Lubanah atau Luban atau kemenyan Arab (Frankincense) merupakan resin yang beraroma diperoleh dari berbagai jenis pohon hijau atau semak belukar di kawasan negara2 beriklim panas dan di kawasan Timur Tengah seperti Oman, Yaman dan Somalia. Resin merupakan getah yang mengeras bila terkena angin atau merupakan sebuah sekresi Hydrocarbon dari tanaman. Luban disebut juga Frankincense dikenalkan kembali ke Eropah oleh tentera pengikut perang salib dari Perancis.

Untuk mendapatkan luban, kulit kayu pohon tersebut disayat kemudian keluar getahnya dan getah tersebut dikumpulkan. Ia menghasilkan resin jernih/lutsinar kekuningan dari mana aroma esen diekstrak. Resin tersebut dikeringkan dan dipecah menjadi beberapa buah seukuran sendok.

Di sesetengah tempat di dunia, luban atau frankincense dikenali sebagai ‘olibanum’ berasal dari perkataan Arab bermaksud “susu” al-lubán. Ini juga merujuk kepada warna getahnya yang putih seakan-akan susu yang mengeras untuk dijadikan resin luban.

Luban berasal daripada istilah bahasa Arab yang digunakan di dalam kitab perubatan Islam. Nama masyhurnya dipanggil Kemenyan Arab/Serani/Kemenyan Yamani di kalangan pengamal perubatan herbal Melayu.

Luban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya dalam kitab “Tib Al-Nabawi” m.s 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas r.h. Anas r.a. Dan Saiyidina Ali k.w. Maksudnya :

“ Diriwayatkan dari Saiyidina Ali k.w. bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali k.w. menyuruh ia menggunakan libanah, kerana libanah dapat menguatkan hati serta MENGHILANGKAN KELUPAAN”



Rasulullah SAW bersabda:

Berilah minuman luban kepada isterimu yang sedang hamil, kerana ia dapat menambah kecerdasan akal anakmu.”-Kitab Thibbun Nabawi.

Lubanah atau luban amat berkesan bagi menambahkan daya ingatan dan mencerdaskan minda kerana ia berfungsi menghilangkan lender balagham dalam otak. Gumpalan balagham yang banyak menyebabkan lemah daya ingatan, selsema, resdung, lelah, batuk dan sebagainya yang berkaitan dengan system pernafasan.

Sejarah menyatakan bahawa Imam Syafie yang amat terkenal dengan kekuatan daya ingatannya selalu mengamalkan memakan Libanah sehingga akhir hayat beliau. Setelah meninggal dunia didapati kesan Libanah masih berada di celah-celah gigi al Imam Rahimatullah.
Imam Sayuti dalam kitabnya al-Rahmat Fi al-Tib Wal Hikmah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Wahai kalangan yang mengandung (wanita), perkenalkanlah kepada anak-anakmu semasa mereka di dalam perut kamu, kemenyan putih (luban) dengan memberi makannya, kerana sesungguhnya ia menambahkan hafalan dan kecerdasan (riwayat al-Dailami)


Kebaikan / khasiat Luban
  • Meningkatkan kecerdasan Minda.
  • Mengelakkan daripada penyakit lupa dan nyanyuk.
  • Meningkatkan ketajaman daya ingatan.
  • Memberi ketenangan (menghilangkan stress).
  • Dapat meningkatkan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran.
  • Menambahkan keyakinan diri.
  • Amat sesuai untuk anak-anak yang lemah daya ingatan.
  • Sakit saraf , urat, dan sengal-sengal badan bagi ibu selepas bersalin.
  • Mampu memberi stamina, menggelakkan keletihan ibu selepas bersalin dan semasa mengandung.
  • Baik untuk ibu mengandung.
  • Pertuturan kurang jelas.
  • Pra nyanyuk.
  • Migrain.
  • Sakit kepala dan masalah angin.
  • Keletihan.
  • Masalah pelajar malas belajar.
  • Lawas sistem perkumuhan.
  • Kesan penurunan tekanan darah pada pesakit darah tinggi.
  • Mengurangkan penghasilan radical oksigen bebas (free oxygen radical).
  • Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah.
  • Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine.
  • Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan calcium.
  • Menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan (inflammation) usus melalui modifikasi angiogenetic factors .
  • Mengurangkan paras urea dan menambah nitrogen dalam najis kepada pesakit rosak buah pinggang.
  • Kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang teruk (chronic and end stage kidney disease).